Sunday, January 4, 2009

KERINDUAN DINIHARI

Ya. tentu sahaja saat-saat hening begini fikiranku menerjah masa lalu. Masa lalu di mana masih ramai manusia yang berperikemanusiaan. Masa lalu yang aku tidak disajikan dengan berita-berita sadis setiap saat. Alangkah indahnya masa itu. Masa lalu yang kita masih bisa merasakan kasihsayang sesama manusia dan kita terasa sentiasa dilimpahi rahmat tuhan.

Mengapa aku jadi cengeng begini. Jadi manusia itu harus kuat dan kekar. Apalagi perjaka seperti aku. Meskipun namaku Sukma Rindu, itu tidak mengurangi sedikitpun sifat kejantananku. Malah sebaliknya. Ertinya aku sentimental. Orang yang sentimental itu punya empathy yang tinggi. Bisa merasakan dan memahami keperitan orang lain.

Mungkinkah tiada akhirnya kemelut dunia hari ini?

Aku sedih melihat bocah-bocah kecil kehilangan pergantungan hidup, sesama manusia berbunuhan. Adakah kita akan terus dihukum dan dihukum kerana dosa-dosa yang tidak kita sedari.
Muhasabah diri ini seperti tak bermakna tanpa kepastian.

No comments:

Post a Comment